Sunday, September 25, 2011

salam aidilfitri...:

      Salam kengkawan..ape habaq smua??hope smua chat la deh..ermm..lme da asenye mnyepi dari dunia blog ni. xdop masa la..ni pon seb bek x bz sgt, bley la mengadap laptop jap..skng tgh tggu kije, dpt tawaran kije kt pjbt pos..jd kerani jek, tp ok la..dari dk saje kt umah an.. sblum terlambat, nk ucap slmat ari raye utk smua. asenye belum terlambat ag..hehe. masih dalam bulan syawal an, wlaupun tggal baki bape ari je lagi.
     Raya ari 2 adalah raye yg pling sunyi..coz itulah raye pertama tanpa kehadiran abah di sisi kami..hanya ALLAH S.W.T  saje yg tahu btape sdehnyer ati kami. biasenye g memane abah akan drive tp kali ni kami terpaksa menziarah ke umah sdara tanpa abah.. n umi yg kena drive..kami rindu sgt ngan abah..abah penawar duka kami waktu kami sdey..abah sntiasa wt hidup kami ceria. tp ALLAH lebih sygkan abah..org baik macam abah ALLAH lbih syg..dan xkan ade pngganti abah di ati aku..lepas ni pon kami akan beraya tnpa abah. wlaupun dlm hening n hiba, tp kami yg hidup perlu teruskan hidup..
ni lah semua ahli keluarga aku skrng....hepy family!!


k lah..jika aku d panjangkan umo, akan ku melawat lg blog ni agar dpt berkongsi ceritera hidupku..hehe. salam n senyum sokmo...adios amigos!!! sbelum terlupe lak, di sini aku selitkan gambar raye ari 2..hehe.

Thursday, March 31, 2011

dialah imam keluargaku..

nasihatnya..dorongannya, masih lg terngiang2 di benak firikanku,,pemergiannya ku redhakan, cuma terkadang rasa rindu menggamit di kalbu. ku amat merinduinya,,dialah abahku, imam keluargaku. kini, abah tiada lg di sisi ku namun akn ku sntiasa kirimkan doa buat abah. akan ku jadi anak yg solehah supaya abah bangga memilikiku sbagai anak gadisnya. kenangannya, senyumannya, gelak tawanya, lawaknya yang mmg kelakar yg sntiasa menghiburkan anak2nya..ku rindu semua itu.
semoga abah tenang di sana n di tempatkan di kalangan org2 yang soleh dan beriman..aminnn..

Wednesday, September 1, 2010

Duhai anak muda…

Duhai anak muda…
Janganlah kau berduka dek kerna cinta manusia
Janganlah kau bersedih hanya kerna cinta buta
Tiada maknanya tangisanmu itu
Tiada gunanya air matamu itu
Untuk siapa kau menangis?
Untuk seseorang yang tak pasti menjadi milikmu?
Belum pasti si dia mendengari tangisanmu
Belum pasti dia akan kembali padamu dan berjanji sehidup semati..
Kerna janji manusia hanyalah sekadar di mulut
Belum pasti akan di kotakan setiap janji itu
Janganlah kau mudah percaya akan janji manusia
Jika tanggang sudah tidak mengaku lagi akan ibu kandungnya
Inikan pula kita yang baru dikenalinya sehari dua
Aku cinta, aku sayang…
Itu hanyalah kata-kata manis yang mencairkan hati setiap perawan
Sekali ia sudah benci, si wanita jualah yang merana
Si lelaki akan terus melangkah mencari mangsa yang seterusnya
Oleh itu wahai pemuda pemudi,
Titiskanlah air matamu itu hanya di tikar sejadah…
ALLAH S.W.T Maha Mendengar doa dan rayuan hambaNya..
Hanya Dia yang tidak memungkiri janjiNya terhadap hambaNya..
Tangisanmu hanya bermakna bila di tikar sejadah
Menangislah dan merayulah meminta ampun
Atas segala kekhilafan kita sebagai manusia yang sering alpa
Kita ini adalah manusia, nisyan… iaitu pelupa
Kita sering lupa akan nikmat dan rahmat yang diberikan ALLAH S.W.T.
Kita sering hayut dalam melayari bahtera dunia yang sentiasa dilanda ombak maksiat dan dosa
Itulah kita manusia…jadi kasih dan sayang kita sebenarnya hanya layak untuk siapa?
Adakah untuk manusia juga?
Yang sering melakukan kesalahan jua?
Bukankah cinta dan sayang kita sepatutnya untuk yang Maha Mencipta kita…yang Maha Sempurna, yang Maha Bijaksana…

Tuesday, August 31, 2010

Madah sang hamba

Manusia….
Sentiasa lupa dan alpa tentang apa yang dimilikinya
Adalah kurniaan ALLAH yang Maha Esa
Kita juga sering tak menghargai apa yang kita punya sekarang
Kita terkadang lupa akan kewujudhannya
Namun bila ianya sudah tiada
Kita mula kesalinya dan menyalahkan takdir
Rahmat dan nikmat ALLAH
Nikmat sihat
Hanya kita sedarinya bila sakit menimpa diri
Rahmat kenyang
Hanya kita hargainya bila kita lapar
Rahmat kaya
Kita akan hanya sesal tak mensyukurinya bila kita jatuh miskin
Rahmat disayangi
Hanya akan kita sedar bila orang yang menyayangi kita telah tiada
Itulah kita manusia
Sering lupa, alpa, terleka, lalai….
Sampai bila kita akan begini?
Dunia ini akan musnah bila tibe masanya
Kiamat akan datang tanpa kita ketahui masanya
Saat itu tak berguna lagi sesali perbuatan kita
Dosa dan pahala akan di hitung
Yang manakah neracanya lebih berat
Sebenarnya kita yang menentukan nasib kita di akhirat
Amalan kita didunia, kita jua ketahui baik buruknnya
Mahukan syurga
Buatlah amalan untuk mendapatkannya
Kita ada panduan
Al-Quran dan hadith, Nabi tinggalkan
Supaya kita tidak sesat meniti arus kehidupan
Di dalamnya telah tercatat segalanya
Amalan baik dan buruk
Yang dapat kita jadikan ikhtibar
Kita, ALLAH ciptakan dengan sebaik-sebaik ciptaan
Ada nafsu dan iman
Iman sebagai pembenteng nafsu
Nafsu yang sentiasa menghasut melakukan maksiat dan dosa
Iman adalah kekuatan kita
Semakin kuat iman kita semakin tinggi nilai keperibadian kita