Wednesday, September 1, 2010

Duhai anak muda…

Duhai anak muda…
Janganlah kau berduka dek kerna cinta manusia
Janganlah kau bersedih hanya kerna cinta buta
Tiada maknanya tangisanmu itu
Tiada gunanya air matamu itu
Untuk siapa kau menangis?
Untuk seseorang yang tak pasti menjadi milikmu?
Belum pasti si dia mendengari tangisanmu
Belum pasti dia akan kembali padamu dan berjanji sehidup semati..
Kerna janji manusia hanyalah sekadar di mulut
Belum pasti akan di kotakan setiap janji itu
Janganlah kau mudah percaya akan janji manusia
Jika tanggang sudah tidak mengaku lagi akan ibu kandungnya
Inikan pula kita yang baru dikenalinya sehari dua
Aku cinta, aku sayang…
Itu hanyalah kata-kata manis yang mencairkan hati setiap perawan
Sekali ia sudah benci, si wanita jualah yang merana
Si lelaki akan terus melangkah mencari mangsa yang seterusnya
Oleh itu wahai pemuda pemudi,
Titiskanlah air matamu itu hanya di tikar sejadah…
ALLAH S.W.T Maha Mendengar doa dan rayuan hambaNya..
Hanya Dia yang tidak memungkiri janjiNya terhadap hambaNya..
Tangisanmu hanya bermakna bila di tikar sejadah
Menangislah dan merayulah meminta ampun
Atas segala kekhilafan kita sebagai manusia yang sering alpa
Kita ini adalah manusia, nisyan… iaitu pelupa
Kita sering lupa akan nikmat dan rahmat yang diberikan ALLAH S.W.T.
Kita sering hayut dalam melayari bahtera dunia yang sentiasa dilanda ombak maksiat dan dosa
Itulah kita manusia…jadi kasih dan sayang kita sebenarnya hanya layak untuk siapa?
Adakah untuk manusia juga?
Yang sering melakukan kesalahan jua?
Bukankah cinta dan sayang kita sepatutnya untuk yang Maha Mencipta kita…yang Maha Sempurna, yang Maha Bijaksana…